Our books come from all over the world, and they're all here for your picking! Enrich your minds and open up your eyes as they take you through an extraordinary journey into the world of knowledge. Galaksi Ilmu Anda.
Selamat di Jalan Raya (Safe on the Road)
Rating:
Language: Bilingual
Anak-anak yang melintas jalan raya berdepan dengan bahaya. Lebih-lebih lagi jika mereka tidak tahu akan cara yang betul semasa melintas di jalan raya. Ikuti bagaimana Fatin dan rakannya melintas jalan dengan selamat.
Terluka ketika Bermain (Injured while Playing)
Ketika bermain, anak-anak mungkin kemalangan dan terluka. Kaki Rizal terluka dan berdarah. Fatin membantu Rizal untuk mendapatkan pertolongan cemas. Apakah tindakan Fatin?
Mencegah Buli (Stop the Bullies)
Kejadian buli sering berlaku di sekolah. Bila-bila masa saja anak-anak kita mungkin menjadi mangsa buli. Bagaimanakah tindakan Alisya dan Fatin terhadap kejadian buli?
Mencegah Penculikan (Don`t Get Kidnapped)
Anak-anak sering terdedah kepada bahaya penculikan. Fatin dan Faiz mendapat tunjuk ajar tentang cara-cara berhadapan dengan penculik daripada Pak Cik Armin. Beliau pegawai polis.
Pulang Sendiri ke Rumah (Going Home Alone)
Fatin dan Faiz terpaksa pulang sendirian dari sekolah. Mereka perlu berhati-hati. Selain keselamatan di jalan raya, apakah yang perlu diawasi oleh mereka?
Sendirian di Rumah (Alone at Home)
Fatin sendirian di rumahnya. Ada orang menelefon dan bertanya tentang ibu bapa dan alamat rumahnya. Tidak beberapa lama kemudian, ada orang yang mengetuk pintu rumahnya. Siapakah orang itu?
Terkunci di dalam Bilik (Locked Inside a Room)
Pintu bilik dapat menjadi perangkap yang akan menimbulkan panik dalam kalangan anak-anak. Faiz dan Rizal mengalami keadaan ini. Bagaimanakah mereka menghadapi masalah ini?
Terlupa Jalan Pulang (Lost on Your Way Home)
Ketika berbasikal, anak-anak sering terleka. Rizal dan Faiz berbasikal hingga jauh dari rumah mereka. Malangnya, mereka terlupa jalan pulang. Dapatkah mereka pulang? Apakah yang terjadi kepada mereka?